Thursday, December 31, 2015

Tips Save Bajet Kahwin



assalamualaikum semuaaa *tak jawab dosa, kalau jawab sayanggggg* 

okay, tagline maria elena zarul, siapa tak kenal kan ? youtuber and blogger. haha

sekarang aku nak cerita pasal save bajet kahwin. kenapa? sebab akhir-akhir ni, kawan aku banyak dah tunang, banyak dah kahwin. baru umur 19tahun, muda kan? em, esok dah alam 20-an dah. selamat lah pada yang sebaya dengan aku. haha. k jangan gelak, serious. senyum. haha. okay lah, mungkin diorang ni jdoh dah seru awal. waktu memuda ni. lain lah aku ni, tak ada sesiapa yang berkenan. tak lah hot mana sampai ada bf. hiks. 

so, berbalik pada tajuk kita, TIPS SAVE BAJET KAHWIN. sekarang ni kan ekonomi tengah gawat. so, aku memudahkan korang je mana yang nak kahwin tu. tapi, kalau kau jenis ada duit nak mewah. sukatilah kan. tapi benda ni cuma duniawi dan sekejap je. pada aku, lebih baik kita buat SIMPLE tapi MERIAH. bukan MEWAH tapi HAMBAR. faham? kau dapat tu?

okay, first of all. WAJIB buka akaun bank baru KHAS untuk KAHWIN. 
kalau, korang tak buat macam ni, mesti korang akan rasa beban dan tak tahu nak seluk mana duit kalau tak ada. pada yang bekerja mewah tu, save lebih sikit kat tabung. sebulan 200-500 okay lah tu kan? janji masuk. make sure anggaran masa dan simpan duit tu tepat. tak kan nak kahwin esok baru nak buat hari ni. haaa, jangan bang kak, jangan.

second, ELAKKAN *jangan* BERBALAS HANTARAN DENGAN HARGA YANG MAHAL.
haaa, yang ini, benda paling famous lah kan dikatakan sekarang ni, dekat sini lah nak menunjukkan kita ni kaya ke miskin, branded lah loaded lah. dehell guys? tak payah tunjuk lah, setakat kau dengan suami je tahu kau mampu dah lah. buat apa tayang. kan? benda macam ni silalah JANGAN buat. 

SEKRANG ni, PEREMPUAN (wanita) suka sangat minta HANTARAN TINGGI. mahu dalam 12k keatas. buat apa kak? kesian cik abang tu. FAHAM TAK? PIHAK LELAKI PUN NAK BUAT KENDURI, INGAT 12K NAK TANGGUNG KAU PUNYA MAJLIS KE? kesian lah kat majlis pihak lelaki. haih, tolong lah consider kak. kakak semua ada family, minta diorang sponsor. kadang tu, PEREMPUAN SUKA MINTA HANTARAN IKUT GRADE DIA. kalau SPM 5k, DIPLOMA 9k, kalau DEGREE 12K. haih, sebab tu, ramai WANITA MASTER kurang diperhatikan dari segi perkahwinan ni. emmm, wallahualam, jauhkan.

actually, hantaran ni hanya lah hadiah daripada pihak lelaki, yang wajibnyaaa mas kahwin. nampak tak?AKHIR ZAMAN? dahulukan adat daripada yang WAJIB? *maaf, aku emo*

okay, next, ELAKKAN MEMBAZIR PADA KAD KAHWIN.
okay, sekarang ni, zaman berlumba lumba kad. aduh makkk, tak payah nak kad kahwin mewah. sebab ? sebab ke tong sampah juga akhirnya. sekarang ni, baru-baru ni aku dapat kad kahwin berwarna-warni sampai bau wangi pun ada. tapi belum dapat yang berlagu lagi. haih kalau dapat tak tahu lah kaya mana dia. jemputan 1000. kad kahwin yang wangi sekeping 70sen. hah, kali kan lah sendiri? dah berapa ribu kau habiskan dekat kad. kertas A4 pun tak apa. BUKAN PADA KAD NAK MENUNJUKKAN KEIKHLASAN, tapi NIAT yang baik, InshaALLAH semua dipermudahkanNYA.

then, BELI BARANG KAHWIN KETIKA SALE.
okay, ada yang kata, "nak juga branded, seumur hidup sekali" okay lah bagi lah dia chances, kesian tengoknya. so, korang semua beli lah waktu MEGA SALE. make sure, SALE YANG GILA-GILA SALE. takat ambik 10% alaaaaa, tak luak mana harganya. huhu

last but not least, GUBAH SENDIRI HANTARAN.
part paling aku suka, sebabnya time ni lah nak tunjuk skill yang kita seorang yang kreatif. family aku semua pandai, so tak payah lah nak bersusah payah upah orang lain. Alhamdulillah Allah Kurniakan Family macam ni dekat aku. 

DAH KAHWIN? SELAMAT DAH DIIJAB KABULKAN. SO APA LAGI? BYEEEEE

EHHH, nanti duluuuuu. lajunya Kak Chik ni. tak nak bulan madu ke? ala honey moon. hihihi senyum pula diaaaa. 

haaa, kepada semua yang nak berbulan madu, tak payah lah nak keluar negara. nak ke luar negara tu, lepas kahwin bincang dengan suami. kumpul duit sesama.  nak berbulan madu tu, bercuti lah dalam malaysia. masih banyak lagi tempat khazanah yang korang tak tahu dan pakej yang berpatutan harga lumayan. 

kalau rasa bertuah sangat, why not CUBA MASUK PERADUAN PAKEJ BULAN MADU. hehe


SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA SEMUA YANG NAK KAHWIN

xoxo,
fanrdh/ika

Wednesday, December 30, 2015

any suggestion ?



kepada semua blogger yang datang, maaf blog nampak serabut, sebab tengah edit. seperti rumah yang belum siap, tapi tetamu sudah datang menjenguk. haaa gitu lah blog aku. maaf okay? tapi still blog walking balik. and still follow back. 

first, nak minta tolong semua bagi cadangan okay? 


1. sesiapa ada background yang comel sesuai untuk blog ni, sila la bagi cadangan.

2. sesiapa boleh bagi pendapat untuk kemaskan blog.

3. tahu tak nak letak bckground dekt sidebar macam mana? bukan title dia tau. tapi background content.

4.  nak tulisan yang sesuai dengan blog.

5. nak header yang comel. 

xoxo,
fanrdh/ika

Tuesday, December 29, 2015

Nak Minta Tolong Semua Blogger !





Assalamualaikum,

kepada semua blogger, nak minta tolong sangat, awak semua nampak kan blog saya yang serabut ni *agaknya lah* sebab pada saya serabut nak matteyyy. haha. 


sebenarnya saya nak letak semua SIDEBAR jadi FLOAT kat tepi tu.








yang ada yin and yang. saya nak semua sidebar jadi macam tu. 

so, nak minta tolong semua blogger yang tahu tutorial ni, sila share k?

saya minta tolong sangattttt :'( 

thank you, 

xoxo,
fanrdh/ika

Sunday, December 20, 2015

Random #2

"naik ERL dah mahal lah sekarang, baik aku naik Komuter jelah, murah sikit kot" Syarifah Husna memandang jam ditangan kirinya sekilas. dan melangkahkan kaki dengan laju, takut terlepas waktu komuter. waktu orang habis kerja ni, memang penuh. sesak pula tu.

Setelah membeli tiket, sempat dia mengucapkan syukur sebab dia masih ada 15 minit lagi untuk menunggu komuter sampai. daripada kl sentral ke bandar tasik selatan. Syarifah Husna berdiri di tepi garisan yang telah dipenuhi ramai orang yang pulang daripada kerja.

sesekali sempat Syarifah Husna membetulkan tudungnya, dan beg yang digalas. maklumlah, orang nak balik rumah  kena lah bawa banyak sikit barang. 

setelah 15 minit berlalu, Komuter yang ditunggu tiba. 

"mak aihhh, ramainyaaa orang pusu-pusu. kalau ye pun nak balik, ikut lah adab sikit. yang keluar didahulu, haish" monolog Syarifah Husna. nak dimarah, takut kena pula nanti dia. satu lawan seribu. mana mampu. haha

"bismillah..ya Allah" dengan kaki kanan dia masuk ke komuter. nak duduk memang tak dapat lah. nak bergerak pun susah ni. haa, akhirnya dia terpandang satu tiang yang kosong. 

dia bergerak dalam keadaan sesak dan terus ke tiang tu. dann... 

"opps. maaf." sebut satu suara yang Syarifah sendiri terkesima seakan kenal suara itu. 

dia mendongak, lelaki didepannya memegang tiang yang sama dengannya. tinggi. dan sekali lagi Syarifah Husna terkejut dengan apa yang dipandang nya. ya. satu suara yang sudah lama tak dengar. muka yang sudah lama tidak dijumpa nya. 

dan hari ni, hanya kerana tiang kosong di komuter. dia terjumpa jejaka idaman nya semenjak dari sekolah lagi. 

"excuse me?" lelaki itu bersuaara. 

"opss, maaf. saya tak sengaja" dah kenapa aku ni tetiba cakap sorry? Syarifah tersedar daripada lamunannya.

"no, it's okay, not your fault. if i'm not mistaken. you are Syarifah Husna Syed Majid. Aren't You?" lelaki di hadapan Syarifah husna bertanya sambil membetulkan rambutnya. nampak kemachoan nya disitu. mana tak jatuh cinta Syarifa Husna sejak dulu.

'gotcha! dia ingat aku. maksudnya memang dia lah orangnya' detik hati Syarifah Husna.

"yes, so you are Iqbal Harith right?" tanya Syarifah Husna yang sudah berdebar-debar. mana tidaknya jejaka idamannya mula muncul di komuter. 

"yes, Na buat apa dekat sini? belajar mana?" tanya Iqbal Harith.

'hhaih, lah mamat ni, daripada dulu memang dia seorang jelah yang panggil aku Na. yang lain semua panggil Syarifah la, Ipah lah, ini yang buat aku cair lagi sekali'

"oh, Na nak balik rumah ni, belajar dekat UiTM Seri Iskandar, Iqbal kat mana? ni nak balik mana? " Syarifah bertanya.

"wah, bagus lah. Iqbal tadi dekat KL Sentral, nu Sentral kejap. tak sangka pula jumpa kawan lama. makin comel Na ni." puji Iqbal. 

"Adududu Iqbal, ada-ada jelah awak ni Iqbal. Na biasa-biasa je. Alhamdulillah." Syarifah dah kembang setaman sebenarnya tu. jejaka idaman puji. mana taknya. 

"haha, malu lah tu. oh, ni Na nak pergi mana?"

"Na nak pergi bandar tasik selatan" jawab Syarifah Husna.

"kebetulan, sama pula. boleh lah kita bebual panjang." balas iqbal untuk mengelakkan jeda di antara kami. 

Syarifah Husna dah mula berbunga. "oh, Iqbal belajar mana sekarang?" 

"Iqbal belajar dekat KKTM Beranang je. boleh lah singgah bila free" 

"'InshaALLAH, wah KKTM tu semua budak oversea, JAD ke?" tanya Syarifah Husna.

"Alhamdulillah, boleh lah." balas Iqbal. 

"wah, bila pergi? " 

"InshaALLAH, tahun depan. em, Na bagi lah nombor Na. kot-kot Iqbal ke Perak boleh jumpa" 

Heish, Iqbal ni, macam buat aku jatuh hati pula.

"oh, okay boleh." Syarifah mengeluarkan handphone dan akhirnya mereka bertukar nombor telefon.

tiba-tiba, kedengaran announcement mengatakan mereka sudah sampai ke detinasi yang dituju.

to be continue...

Deep #1

Kak, laju nya selak novel?


tu, novel atas meja tu,


Novel ALLAH bagi, 


bila nak selak lelaju macam tu?



Deep
xoxo,
fanrdh/ika

Thursday, December 17, 2015

Mengatasi Masalah Buncit Cara Islam dan Sihat

eee, buncitnyaaa. haaaaa, buncit lah masalah kita sekarang kan? baik lelaki baik perempuan. tapi perempuan lah banyak complaint benda ni semua kan? termasuk la aku. haha. 

okay, selain daripada korang semua buat sit-up, plank, bumping or push-up, ada benda yang korang semua tak perasan dalam islam. cara untuk mengatasi perut buncit. 

okay, benda ni betul. sebab ustazah aku bagitahu, dan aku pun ikut cara dia. MashaALLAH, memang mujarab. tak perlu pakai losyen mujarab. haha

okay, first thing first, perasan tak kenapa islam mengajar kita cara beradab? sebab ada sebab tertentu, salah satu adab yang mengatasi masalah ini ialah DUDUK KETIKA MINUM. 

seterusnya, ialah ketika kita solat. TARIK NAFAS KETIKA HENDAK RUKU' DAN LAFAZKAN BACAAN RUKU'. 

taraaaaa, senang kan? kalau tak percaya cuba buat. tapi cara permakanan juga haruslah jaga, jangan main sumbat je.

jangan makan waktu malam. *kadang aku makan je, lapar kan.*

okay, pasal lepas makan mandi tu akan menyebabkan buncit, tu sebenarnya bergantung kepada tahap metabolisma badan kita, kalau metabolisma kita tinggi, peluang untuk buncit susah. dan begitulah sebaliknya. 

okay, bye. selamat malam.
xoxo,
fanrdh/ika

Wednesday, December 16, 2015

Zumba Zumba Zumba

ENTRY UNTUK SIHAT, ENTRY UNTUK SIHAT !!!!

assalamualaikum semua, minta maaf sebab busy sikit, nak blog walking pun lambat. sebab dah masuk minggu ketiga kelas. jadi agak busy, nak kena buat tutorial, assignment, lab report. macam lah. hehe. 

haa, entry petang ni pasal zumba zumba zumba. sihat punya entry. okay, kepada siapa yang nak kurus? siapa yang nak sihat? malu nak jogging sebab gemuk? takut diejek? haaaa ini langkah untuk anda semua ambil.

first thing first, semua orang tahu tak apa itu zumba? zumba tu tarian yang sihat, cergas, pantas. okay korang boleh search kat google, atau youtube, tapi lebih bagus youtube. diorang semua buat dekat rumah. atau senang cerita workout home. haaa, aku pun buat. hehe. 

ikut je apa dia menari dan siapa yang malas sangat nak jogging, ini lah kerjanya, atau siapa rajin sikit, tak nak jogging tapi masih nak beriadah boleh lah skipping, jumlah disyorkan 100kali tanpa henti. maksudnya, bila korang dah sampai 99x tapi kaki sangkut, sila ulang sampai jadi 100x tanpa kaki sangkut. tu lah abah ajar dekat aku. *sekejap aku sekejap awak saya. ikut suka la*

okay, next berbalik pada zumba. siapa salah step atau terlampau sangat bahaya juga, first, tengok sampai habis dulu korang punya video tu, baru lah boleh ikut. lepas tu sila ikut bersungguh-sungguh dan consistent ! okay? 

siapa suka workout home? kalau suka boleh ikut step korang sendiri dan pasang lagu zumba. nanti korang rasa rancak dan enjoy. ingat fitness bukan hanya sekadar kecik kan badan, tapi sihatkan badan, dan kasi cantik itu badan. okay? 

bye, selamat maju dan kurus dan sihat. 

"majulah sukan untuk negara"

xoxo,
fanrdh/ika

Monday, December 14, 2015

Mencari Idea Bernas

Assalamualaikum, for those yang datang ke blog saya, saya ucapkan terima kasih  kerana sudi datang atau blog walking (bw). hari ni Cik Ika nak minta semua pembaca yang gemar apa-apa genre buku, kongsikan cerita apa yang anda semua suka dan kalau imagination tinggi tu, mari lah share ye. haha.

bukan ketandusan idea, hanya nak tahu, sebelum tidur korang berangan apa eh? sebab kan fakta mengatakan, "manusia akan mengimpikan sesuatu sebelum dia pergi tidur"  haaaa haaa. kan? siapa percaya? of course Cik Ika percaya, sebab nya selalu juga berangan berkhayal sebelum tidur ni. haha

lepastu ngigau, senyum dalam tidur. haha

xoxo,
fanrdh/ika

Saturday, December 12, 2015

Random #1

"Mia Zahra binti Yusof!" jerit sang kacak. weh, siapa tak bergetar weh jantung kalau lelaki idaman sekampus minat dia panggil kita dengan nama penuh. hai lah hati, kuat iman weh, jantung berdegup kuat seperti lari 100m dalam masa 20saat. mashaALLAH. 
"are you deaf?" jerit lelaki itu.

"what? deaf?" eh, kurang ajar betul anak roshdi ni. nak kena dengan aku.

"what did you called me just now? deaf?!" kuatkan iman lah bila berpaling ni Mia. dah lah kacak sangat, sampai semua perempuan yang lain pun tercengang bila dengar aku marah budak ni. 

"kau nak apa? hari-hari kalau nampak je mesti panggil aku?" aku berlari kerah dia dengan muka geram. tapi hati? Allahhuakbar, Allah je tahu.

"eh, sayang aku ni, jangan lah marah, senyum sikit bila jumpa suami." dengan muka ta bersalah mendekatkan bibirnya ke telinga aku dengan berbisik. 

aku sudah membesarkan mata tatkala ayat itu muncul. gila? kalau kuat-kuat mahu saja orang tahu.

"kau nak semua tahu ke apa? dah gila ke?" tatkala itu satu kampus sedang menyaksikan kami. aku dan mamat depan ni baru tersedar, dan kami pandnag kearah semua dengan senyuman yang dibuat-buat. si mamat ni tahu jelah, kalau ada benda macam ni mesti dok garu kepala yang tak gatal tu sambil tersengih. menyampah! tapi sayang, hehe.

"em, okay. berbalik pada cerita asal, Ibu suruh kau balik rumah lepas kelas. aku ambil kau. jangan lambat, kelas kau habis pukul 4 kan? kereta kau, kau suruh kawan kau bawa. tak ada alasan. aku nak cepat dan kau jangan lambat. bye" hish, laju nya dia ni. belum sempat aku nak tanya soalan seterusnya dia dah bagitahu jawapnnyaaa. em, terkesima sekejap sebelum dia pergi, sempat lagi usap kepala aku. 

maka, yang lain menyaksikan aku dan dia. tapi disitu masih tidak perasankah aku? ada mata yang iri melihat kami berdua begitu? 

"eh, kelas lah. ya-Allah lambat lagi aku gini, ni semua gara-gara Imran Hafidz ni tadi lah. haihhh" terus aku ke kelas tanpa melihat orang yang memerhati disekeliling tadi.


Ayat random, ciptaan sendiri.

xoxo,
fanrdh/ika

Friday, December 11, 2015

sorry kepada blogger

maaf semua blogger yang datang TERJAH CIK IKA, sebab tak dapat nak blogwalking. sebab diluar kawasan. haha..sekarang ni pun update post guna  handphone. haha. maaf e semua blogger yang terjah masuk. lepas ni memang gila-gila punya bw. hehe. bye. salam. semua blogger mari lah terjah blog ni..nanti saya balas. dialu- alukan datang bersama teman yang lain. haha. 

Wednesday, December 9, 2015

Tips lupakan Ex-girlfriend atau Ex-boyfriend


selamat petang semua,
good evening everyone.

tajuk entry kali ni ialah "TIPS LUPAKAN BEKAS KEKASIH" . haha 
cliche ke tajuk ni? cliche kan. *ala aku peduli pula?* hihi. okay, mesti semua orang tak berapa suka kan dengan ex korang yang terjah masuk dalam ingatan korang? lagi-lagi bila dapat tahu dia dah ada kekasih baru. lepastu korang pula tak ada. padahal dah semnggu putus, cepat je dia ada pengganti. nampak tak permainan dia disitu? biasa nya yang obvious gini lelaki lah kan? haha

actually, mana boleh lupakan kekasih. tapi MOVE ON boleh. so, tips ni untuk move on.

okay first thing first :

  1. jangan menangis. bodoh nanti.
  2. minta maaf dekat parents *sebab korang banyak abaikan time ada couple*
  3. buang apa yang dia bagi atau bagi orang.
  4. jangan buang no telephone dia *kot-kot dia datang balik, boleh kau gelakkan*
  5. jangan follow laman sosial dia *kalau tak pernah follow*
  6. jangan accept dia kat laman sosial
  7. ubah penampilan korang. 
  8. cari bf/gf baru. 
  9. Abaikan no 8  dan dekatkan diri dengan Allah swt. 

jom, kita huraikan satu-satu.




1. jangan menangis nanti bodoh.
sebab apa aku cakap nangis nanti bodoh? memang lah, buat apa nangiskan dekat orang yang tak hargai kita. kita bersusah payah. pegang janji kita, tapi dia janji hanya janji yang dibabikan *opss*. betul tak? so, kesat air mata. 

2. minta maaf dekat parents.
kau kena minta maaf, sebab kau banyak abaikan dia kan? umur macam korang ni yang cinta monyet ni selalu utamakan gf/bf korang kan? bila parents suruh solat macam apa, cuba bf/gf amboi buat terus. em em. aku pun pernah jadi macam korang ni.

3.buang apa yang dia bagi atau bagi orang.
buang je lah apa yang dia bagi. tapi mana yang mahal simpan lah. susah nak dapat. mana yang tak nak buang baik bagi orang. haha. 

4. jangan buang no telephone dia *kot-kot dia datang balik, boleh kau gelakkan*
jangan okay, aku sarankan jangan. serious benda ni lawak. sebab aku pernah alami. tapi masa dia message balik. hati kau kena kuat lah ye? jangan pula kau get back dengan dia. haha

5. & 6. jangan follow atau accept diorang.
serious ni, jangan lah tergedik-gedik nak buat gini. cari penyakit. nanti kau juga yang sedih. haha

7.ubah penampilan korang.


ini ah yang sebenarnya, korang ni tak cantik/ handsome dan tak perfect pada diorang. padahal dia pun tak bagus mana. okay-okay nak buat dia buka mata besar tak? 

1. kalau korang rasa tak cantik/tak handsome korang cari lah alternatif lain untuk cantik. *tapi jangan make up*

2. buat badan. macam aku, aku sentiasa workout. nak badan cantik. pada perempuan dengan lelaki tu, please lah jangan nampak badan yang lembik apa ke. cantikkan badan. kalau gemuk. kuruskan. buncit six pack kan. haa. baru mata terjojol. haha

3. kalau gigi tak rata, rata kan. kedepan ke, kebelakang lah. haha

4. jaga kuku kaki and tangan. selekeh. jangan hitam-hitam. yuck

8. cari gf/bf baru
kalau dah tak boleh move on sangat, kau guna lah tips no 8 ni. haha *tu pun kalau dapat* 

9. dekatkan diri dengan Allah. dan abaikan no 8
haha, daripada dok cari gf/bf baru lebih baik lah kau stop. insaf-insaf. tunggu lah jodoh kau datang. dekatkan diri dengan Allah. single is better. haha


okay lah, semua ni tips nak move on. kalau korang ada  pendapat lain sila lah komen. aku nak tahu juga. hehe ;> . assalamualaikum 
xoxo,
fanrdh/ika



Monday, December 7, 2015

Dollys Pinky Review

haaa, dengar je ada produk baru keluar cepat-cepat google. elok ke tidak kan produk ni? 
DOLLYS PINKY !! pinky pinky. haha. siapa yang tegar guna produk ni, memang hasilnya berkesan. sangat-sangat pinky. aku sendiri guna produk ni. 

eh? sama ke tak ? mestilah sama. cuba tengok kotak kau dengan kotak aku. sama tak?

gambar encik google

haaa sama tak? jawab lah? sama tak? hehe. aku baru guna produk ni sebulan. alhamduillah ada perubahan. sampai kawan kata aku dah flawless. family aku pun ada tegur. tapi tak lah fully flawless. adalah sikit-sikit jerawat pasir tu. 

tapi parut jerawat dia serius aku tak tipu, memang hilang. lepastu jerawat terus kecut. superb kau. 

apa isi dia? lah tak percaya lagi ke yang kita pakai produk yang sama? 

gambar encik google

see? sama tak? haaa, kan sama tu. isi dia hanya ada tiga :

1.cleanser
2. night cream
3.day cream

paling aku suka ialah night cream dia. sebab tu cepat habis. haha. memang berkesan tau. 

aku ni muka tak lah cantik pun, ala-ala je. ala-ala apa? ala-ala bollywood. haha. 
aku ni, banyak cuba produk. tapi semua tak berhasil. alhamdulillah dengan dollys pinky muka aku dah pulih.

korang semua nak pakai kena consisten *sebulan berturut2* bila dah 3bulan tak ada function baru korang tukar. faham? kadang kulit  ni pun mengada macam tuan nya juga. haha*gelak gedik*

***arahan : JANGAN PAKAI BEDAK LEPAS GUNA DAY CREAM 

sebab kulit tengah mula nak kenal dengan produk ni. so, aku sarankan korang jangan pakai bedak. 

aku pun nak kena beli lah cream night dah nak habis. day cream pun. eh alang-alang beli kotak satu lagi. hehe

untuk membeli : instagram - @dollyspinkyofficial *bagi inst je, bebudak sekarang hebat. semua ada*

opsss, hasil kulit aku? 

*biasa je,  nampak lah kurang dengan sebelum ni, aku asyik nangis jeee*

maaf ye, produk daripada encik google malas nak ambil gambar. haha. tapi gambar memang daripada aku. okaylah, aku pun baru guna. lagi sebulan aku review balik. kot-kot jadi artis bollywood. haha


oh ya, harga. RM69.00 sahaja (tidak termasuk postage) mampu milik. bawah 100. InshaAllah

bye.

xoxo,
fanrdh/ika



Sunday, December 6, 2015

Al-Fatihah Tunku Jalil

Assalamualaikum semua, berita sedih, aku nak semua sedekahkan Al-Fatihah buat anakanda Sultan Johor. Tunku Jalil. My Prince of Johor. yes, aku orang Johor, sangat sayangkan negeri Johor and keluarga DYMM Sultan Johor. 

Family diraja yang sangat Mesra Rakyat .
tapi, pada hari sabtu (5 december 2015) hari sabtu telah kehilangan seorang putera yang merendah diri. Tunku Jalil. bukan nak cakap "lepas orang tu meninggal je mula lah tu nak cakap baik pasal dia" NO ! NO ! TJ memang sangat baik. dia pernah kerja dekat Starbuck yang mana dia sebenarnya nak rasa kehidupan seperti orang biasa. ada juga anak sultan kerja dekat zoo. 

A-Fatihah . semoga ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

#JohorBerkabung

*bersama tunku panglima johor*


*bersama tunku temenggong johor*

contest : Menang Header daripada Aisyhah Nyais

okayyyy, sekarang kita pergi contest.



 Menang Header Daripada Aisyhah Nyais *sila klik untuk korang join*


 hi. sorry aku tengah bosan, lepastu Ecah loncat ke blog aku, ajak join contest dia. so, aku pun memang nak header untuk blog aku yang lagi satu. sebab aku memang pemalas nak buat. *so what?* hahah. harapnya aku menang lah. 




okay, dia kata suruh tag 3 kawan. haha so aku tag lah kawan aku.

2. Leya

done! ;D semoga aku menang. Aamiin  yipppiiiii
xoxo,
fanrdh/ika

Friday, December 4, 2015

MUET OH MUET

assalamualaikum, hi there.


           MUET? Apa tu? M.U.E.T stands for Malaysian University Englist Test. got it?

kenapa tiba-tiba aku update pasal muet? okay, sebab aku nak bagitahu yang aku bakal menjadi calon muet sesi mac 2016 *doakan aku lah ya* sebab aku nak sambung dgree, jadinya MUET sangat diperlukan. 

memandangkan aku dah sem 4 dekat diploma in science (AS120) di UiTM Tapah, Perak. jadinya bila nak smabung dgree kena ambil test ni. aku nak masuk UPNM, aku nak kena dapatkan band 4 and above. tapi aku bukan lah bijak mana pun English, aku pandai gitu-gitu je. 

MUET ni, ada 4 kategori :

1. listening



2. speaking



3. reading


4. writting



okay, dalam part semua ni, yang aku tak berapa nak bijak tapi pandai *alah, macam riak je bunyi takkan nak cakap bodoh pula kan?* ialah bahagian writing and speaking. writing takut grammar, speaking takut gementar. yelah, kita tak biasa cakap english. 

tapi aku ada kawan yang bijak and fasih sangat. sebab orang emigrate kan. kat rumah cakap english je so aku belajar lah dengan dia. Nuha Najihah best friend aku kat UiTM dan sampai lah ke tua InshaALLAH. tapi sekarang dah tak dapat sekelas dengan dia. sebab dia ambil bio. aku fizik. 

aku nak buat apa, aku kena belajar sendiri sendiri. haha. 

untuk listening aku prefer dengar lagu dan salin lirik pastu check. 
untuk speaking, aku lebih suka bercakap atau tengok movie.
untuk reading and writing buat latihan jelah kan. 

so, pada semua yang belum daftar atau tak beli no pin. cepat cepat lah ya beli. ni ada jadualnya :



klik untuk besar




so, aku akhir kan dekat sini. doakan aku, aku doakan kau. bye dan selamat pagi. hari ni tak ada kelas. jadinya aku 24 jam depan laptop update blog lagi satu. nanti aku publish apa isi dia okay. korang tunggu. bye ;D

xoxo, 
fanrdh/Ika

Wednesday, December 2, 2015

Semangkuk Mee Sedaap


Hanis Nasuha a.k.a Chua ,
she is the one, no one can replace her in mylife.

Rindu Hanis, dah setahun tak jumpa. sekarang dah masuk sem 4, rasa macam jahat je. yelah sebab dah janji nak keluar tapi tak keluar. sebab aku tak dapat nak cari masa. tapi aku cuba juga sem4 ni InshaAllah.

Hanis roommate masa dekat UiTM jengka dulu.* biarlah aku banyak UiTM pun, UiTM dihatiku*
pastu sem 2 aku pindah Tapah. but, masih teringat lah hanis merajuk sebab lauk tak ada dekat DM lepas dia penat balik. pastu dia menangis. aku bangun buatkan dia mee sedaap. haha

and tak lupa juga kak Jie and Shidah. Diorang kawan kautim aku. Shidah banyak ngigau. "Airrrr Anggurrrrrr" hihi

rindu kawan Jengka, roommates, kawan hoki, kawan KI. 

xoxo,
fanrdh/Ika

december 2015

assalamualaikum semua,

     hari ni, aku tak ada benda pun nak share, actually tengah rindu rumah, sebab baru lepas cuti sem, jadi homesick menjadi-jadi, asyik nak balik je kerjanya, padahal rumah jauh. Oh ye, belajar mana? belajar apa? emmm, since aku pun baru reblog balik, so semua orang tak tahu lah kan. belajar dekat UiTM Tapah Perak. Diploma in Science (AS120)

     Alhamdulillah dapat duduk kolej lagi sem 4 ni, lagi stau sem je. sem 5 last. which is Tahun depan lah habis. (2016) tak lama, inshaAllah sekejap je. bertahan lah Ikaaaaa.
lepas habis diploma nak buat apa? kerja lah cari duit. tapi nak sambung dekat UPNM. omg, cannot wait. orang kata siapa yang minat boleh la apply, yes aku minat sangat.

    Act, sampai sekarang aku terkilan sebab lepas SPM aku tak Apply sana. aku Apply but kemaskini yang last aku tukar. sedih kan. :'(
december 2015, cliche nya lahai aku punya tajuk, yelah sebab nak habis tahun 2015. gian doh aku dah lama tak menaip, tak edit blog, sekarang aku buat balik. haha.

   banyak benda sem 4 berlaku padahal baru 3hari je mula belajar. biasalah permulaan. em, okay lah kejap lagi Nuha and Iffah nak habis kelas, nak sesiap turun cafe. appaaa??? siapa Iffah and Nuha? bestfriend aku, okay lah nanti aku sambung lah cerita.

   semoga pembaca semua dapat memanfaatkan hari ini, bulan ini, tahun ini dengan sebiak-baiknya sebelum menjelang 1/1/2016.

                                                                                                                             xoxo,
                                                                                                                         FanRdh/Ika