Friday, December 30, 2016

Random #3

PERINGATAN ! TIDAK BOLEH DI TIRU ! PLAGIAT TIDAK DIBENARKAN !

ATTENTION ! DO NOT COPY ! PLAGIARISM ARE NOT ALLOWED !


"Kenapa lia nangis ni, habib ada buat salah ke atau habib ada luka kan hati lia?". "Eh mana ada lia nangis...habuk masuk mata tu rasa pedih sikit sampai keluar air mata". "Habib dh lama kenal syg...cuba cerita kenapa ni". "Hmmm..lia cuma terbayang je..jika habib bukan jodoh lia dan yang duduk di sebelah habib sekarang ni adalah orang lain". "Tapi lia rasa bersyukur sangat sebab yg berada di sebelah lia sekarang ni ialah habib dan memang habib lah jodoh lia". "Hmm... hebatkan perancangan Allah...". "Dulu habib tak sedar pun siapa lia ni... habib sibuk kejar cinta....". "Sshhh...lia tak nak dengar nama dia". "Habib sibuk mengejar cinta dia sedangkan dia tak cinta pun kat habib". "Habib buta waktu tu...dia tak layak pun untuk habib sebab ada yang lagi layak untuk habib serahkan jiwa dan raga habib ni". "Semakin lama baru lah habib sedar...ada orang yang sanggup memberi cinta nya pada habib dan mulai dari saat itu.... habib percaya lia lah orang yg habib cintai". "Habib pun bersyukur Allah jodoh kan kita...sebab lia betul-betul ikhlas mencintai habib walau banyak kekurangan dalam diri habib ni". "Pekerjaan habib pun biasa je tapi lia terima habib seadanya". "Lia nampak tak hamparan lautan tu?". "Nampak...cantikkk...tenangg...". "Macam tu lah kasih habib pada lia sekarang ni...rindu habib pada lia bila kita berjauhan hanya Tuhan saja yang tahu". "Dah kesat air mata tu...nanti tak comel muka sayang habib ni". "Lia sayang habib tak?". "Of course lia sayang...puas tau lia kejar cinta habib dulu". "Hahahaha....nak ungkit lah tu..kan kisah lama...sekarang ni habib dh jadi milik sayang". "Ya lahhh....hmmm best kan saat indah yg kita lalui sekarang walau dulu indahnya pun tak nampak inikan pula kasih sayang". "Dah lah...dah nak manghrib ni kejap lagi kita solat sama-sama...habib nak mandi dulu...busuk dah bau ni". "Sayang habib ni pun sama busuk...dah pergi mandi....lia tu dah lah mandi lama". "Pandai dia sekarang comment pasal kita ya". "Hahahaha...comment pun sebab sayang...sapa tak sayang bini wooiiii dulu terkejar-kejar kan kita" (sambil jeling mata and senyum meleret). "Jom kita balik chalet kita....". "Jom...". (jalan sambil berpimpin tangan)


NI BUKAN NUKILAN SAYA. INI NUKILAN DAN HASIL IDEA SAHABAT SAYA, EMIRUL HAIKAL BIN ANUAR. 😊

**Maaf sebab dah lama tak update. Untuk mengisi masa lapang anda. Selamat tahun baru semuanya. 2k16 to 2k17 💞

Tuesday, May 24, 2016

lelaki atau perempuan takut dentist ?


HAH ! CHAK CHAK BAAA ~ 

Assalamualaikum, *tak jawab dosa, kalau jawab sayanggg* hehe , uh-huh ! dah lama saya tak buat entry kan? ada sesiapa rindu tak? ceh! *confirm tak ada* tak apa lah saya blog walking awak semua kemudian ye. lepas habis update entry ni, hehe. setelah bape bulan tak update sebab saya final exam. 

sebelum saya mulakan entry saya, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca dan pengikut saya yang sentiasa datang singgah ke blog saya yang sunyi dan tak sempat balas komen. hehe terima kasih juga sebab doakan sepanjang saya exam. Alhamdulillah dengan berkat kalian punya doa, Allah beri saya peluang DEAN LIST. Alhamdulillah. terima kasih Allah terima kasih semua.

okay, sebelum tu ucap syukur sebab diberi peluang hidup dan dapat baca entry saya. dan mulakan pembacaan dengan AL-Fatihah untuk Rasulullah, ahli keluarga baginda dan sahabat andai serta sewaktu dengan nya dan diri kita zahir dan batin. Al-Fatihah.

uh-huh ! selamat malam semua, siapa yang tidur selamat tidur, jangan lupa baca doa basuh kaki sebelum tidur. hehe. okay, bersama saya Ikaaa/Fanrdh dalam segmen :


"SETUJU KE??"

LELAKI ATAU PEREMPUAN YANG TAKUT DENTIST?

JAWAPANNYA : LELAKI

SETUJU KE?

jadi, apa pendapat anda? setuju tak? ini berdasarkan pengalaman hidup saya lah ye, hidup yang bakal genap 20 tahun ni. selama saya jumpa doktor gigi, saya dapati 70% orang takut jumpa doktor gigi berbanding jumpa doktor lain. 

saya nak cerita pengalaman saya, saya ni suka sangat pergi jumpa doktor gigi, bukan sebab saya nak cek pun. kadang-kadang sebab saya suka bau klinik. hehe

lagi satu, saya suka jumpa doktor gigi sebab semua doktor handsome plus gigi cantik tersusun. haha dan ada lagi satu sebab saya suka tertanya-tanya muka di sebalik mask nya. hahah

jadinya, saya seorang yang tidak takut jumpa doktor gigi atau mana-mana doktor. chia chia chia *eh, sesuai ke guna chia..chia..ciaa.. ni? haha*

dan sekarang ni pengalaman keluarga saya sendiri, dalam keluarga saya. saya dapati ada seorang yang takut sangat nak jumpa doktor gigi, walaupun gigi nya tengah sakit. padahal sakit gigi ni merupakan penyakit yang kedua paling sakit selepas bersalin. tahu tak?

tapi dia masih degil. macam-macam alasan dia bagi. itu lah inilah. of course lah ahli keluarga saya yang takut tu lelaki. tapi yang peliknya bila suruh buat benda lain, bukan main kuat. jumpa doktor lain, bukan main berani, tapi sebut DENTIST je terus tukar topik lepastu cerita pasal kena injection je terus takut. haha

baiklah, segmen SETUJU KE? sudah pun diakhir titik nya, harap korang dapat bagi jawapan dan pendapat bersama. hehe.  Assalamualaikum saya fanrdh jumpa di blogwalking. byeeeee

xoxo,
fanrdh/ikaaa

Wednesday, March 30, 2016

Final Exam (Sem 4)

assalamualaikum, hai semua. maaf lah saya dah lama tak update dan saya dah lama tak blog walking. sebab saya sedang road to final. dan hari ni 30/3/2016 merupakan paper first saya. pukul (2.15-4.15) modern physic (phy 310) doakan kejayaan saya. saya nervous ni. ni je mampu saya tulis. ni pun update guna phone. kalau buka laptop memang tak kesudah saya tak akan stop. haha. nanti habis exam saya akan bermampos maposan blog walking semua orang. okay laaa. bye. salam, FanRdh/Ikaaa

Monday, February 29, 2016

kenali Youtubers UK (British)


Hi, lama tak update blog. okay entry kali ni, nak bercerita sikit pasal Youtubers.tapi youtubers kali ni bukan daripada malaysia okay? daripada UK ! so mereka menggunakan British Accent. hehe. 
British Accent tu kita lah, kita sekarang dekat malaysia memang menggunakan English British. sebab apa? cuba teka? sebab dulu, kita dijajah oleh orang British. bahasa perantaraan dengan mereka ialah English British. sampai sekarang lah melekat. 

okay, mesti orang tertanya-tanyakan kenapa mesti British? kenapa tak Malaysia? okay sebab aku nak kenalkan mereka ni dekat korang semua sebab :

  1. korang tak kenal mereka lagi.
  2. membantu korang improve english.
  3. aku tengah muet.
  4. aku dah jatuh cinta dengan mereka.
okay, itu sebab nya. Ala, tipu lah kalau korang tak kenal Youtubers Malaysia kan? 
yang paling korang kenal siapa? Maria Elena Zarul? lagi? 

  1. Maria Elena Zarul
  2. Mat Luthfi 90
  3. Anwar Hadi
  4. vikar world
  5. JinnyBoyTV
  6. shahrincool
  7. belacan dan paku
okay itu je shortlist paling popular dekat malaysia buat masa ni, ada lagi. hehe

okay berbalik pada Youtubers British tadi, ada ramai sebenarnya. tapi aku nk kenalkan yang paling hot dan hot sangat. haha. 

First,



Caspar Lee, 22 , London tapi dibesarkan di South Africa. 
*maaf ni aku punya*

second, 


Joe Sugg, 25, London

third, 


Zoe Sugg, 26, London
*kakak Joe Sugg*



forth, 

Alfie Deyes, 23, London
*BF Zoe Sugg*

fifth, 


Marcus Butler, 25, UK


okay, itu sahaja, aku kenalkan diorang sebab aku tahu tak ramai yang mabil tahu pasla ni, aku pun dulu macam tu juga, ni pun Nuha (my best friend)  yang syorkan. katanya kalau nak IMPROVE ENGLISH, tengok ah youtube pasal diorang. diorang ni buat video memang daily life diorang. tak ada porn pun okay. diorang buat semua dibayar oleh youtube. sangat kaya kot. huhu

aku tengok diorang ni, alhamdulillah aku dapat tangkap apa diorang cakap, walhal pada mula dengar memang serabut sangat-sangat. tapi, bila lama-lama jadi terbiasa. 

so, ap tunggu lagi, terjah youtube dengan perkara berfaedah. jangan tengok benda yang tidak sihat. 

Assalamualaikum.. 

xoxo,
fanrdh/Ika

Friday, February 19, 2016

senyum dalam tidur


okay, tajuk hari ni aku nak gelak sangat. sangat-sangat. tahu tak kenapa? *gelak* aku tadi *gelak lagi* aku tadi petang *gelak lagi* hahhaha kena penampar nanti dengan pembaca nanti. jangn kecam saya. hahah

okay, petang tadi. lepas zohor aku tidur. okay lah, tidur sebab aku terlampau kenyang sangat kut. 

tengok tajuk atas tu. pernah tak korang alami masalah ni? haha aku tidur tau petang tadi, lepastu aku tidur, aku mimpi lah *aku gelak sambil menaip ni* yang aku berada dalam situasi ada sepasang suami isteri ni dah tua tapi bukan dekat malaysia, 

mimpi tu pula dekat london, tapi kat taman dekat londion, pak cik tua ni dia takut sangat nak main gelongsor, lepastu bini dia yang tunggu bawah suruh dia turun. bini dia jerit. 

lepastu aku pula boleh ketawa, aku sedar-sedar, aku rupaya ketawa betul, tapi aku tengah tidur, bila aku bangun nasib roommates aku semua sedang tidur. tapi tak tahu lah yang hujung katil sana. dia nampak ke tak. haha 

okay, aku malu tahap gila. sampai sekarang kau gelak. haha. 

okay guys, jangan lupa dengar lagu zayn malik -pillow talk- lagu ni bermakna juga la. haha ;p 

xoxo,
fanrdh/ika

Tuesday, February 16, 2016

Filem Review ; Bajrangi Bhaijaan (2015)





      



      Having watching Bajrangi Bhaijaan i would like to review  this film, which is, Hindustan film. Since I  have a long time not update this blog, so let's check it out. 

        The synopsis is about a little mute girl (Harshaali Malhotra) form a pakistan village gets lost on her return back from a trip to India. In Kurukshetra, she meets Pawan (Salman Khan) - a devout Hanuman Bakth- who is in the midst of a challenge posed by his lover's father.
        In trying to discover her parents, he develops an unshakeable bond with the kid. he tries to get into Pakistan through path righteous to his conscience and later, with a smart Pakistan news reporter, Chand Nawab (Nawazuddin Sidiqui)  for company and makes the search, a story that captures the imagination of the public in both coutries (India and Pakistan)


       Bajrangi Bhaijaan (BB) is a very positive, humorous, and emotional movie. it's a movie which symbolized togetherness between the two nation and religion, the story of the movies is predictable but still the  director did a very great job of presenting a predictable pot in an unpredictable way.

        the actors really have a great job on playing their characters in this film that full of sentimental and great on attract us to watch. 

         All you need to know about BB review is "a must watch" if you think cross border problems cant be solved.  Salman Khan and others manage to act their best ever in every manner. 

         The climax of the movie is something which I can't define in mere words,it is an overwhelming and unforgettable experience which can only be witnessed once you see this movie in the theaters and I am sure you will come out with damp eyes and a huge smile on your face after watching this movie.

         trust me, this is a movie which you cannot be missed. the director and everyone who together make it as the best film i really respect them. 

This is undoubtedly Salman Khan's best movie ever !!!




"Bajrangi Bhaijaan | Official Trailer with English Subtitles| Salman Khan..."






9 out of 10, 86% rotten tomatoes  

director and cast ; kabir khan. (salman khan, kareena kapoor, nawazuddin sidiqui and Harshaali malhotra)

awards ; guild awards for best film

BB songs : [ click here ]


xoxo,
fanrdh/ika

Thursday, February 4, 2016

Random #2 ; Part 3


-setelah setahun Syarifah Husna sebagai seorang mahasiswi sarjana muda lepasan matrik dan Iqbal Harith sedang membuat persiapan untuk ke luar negara-


       tak ada angin, tak ada ribut. tidak tahu mana gajah mana semut, tahu-tahu sahaja sudah meningkat dewasa dan hari-hari yang mendatang mendewasakan sikap Syarifah Husna dengan persekitaran yang di lalui. tapi, hatinya masih setia dengan Iqbal Harith. walaupun bukan setiap masa Iqbal harith bersamanya atau bermesej dengannya. kadang-kadang tu Syarifah Husna merasa dirinya seperti tepuk sebelah tangan yang tidak berbunyi, menampar pipi terasa peritnya. 

      umur pun baru nak masuk ke alam 21 tahun, tapi perasaan untuk mencari teman hidup semakin membuak-buak. adakah Iqbal Harith yang selama ini menjadi pujaan hatinya akan akhirnya menjadi temna hidupnya atau sebaliknya?

      sering kali kawannya menasihatkannya agar tidak terburu-buru tentang hal itu, kerana umur baru permulaan dewasa, itu hanya lumrah perasaan remaja yang banyak berhalusinasi dengan perasaan cinta. 

      One Fine Day may be hari ni, sedang ralit membaca novel dengan memintal hujung rambut nya, kedengar bunyi message masuk melalui gadget nya Syarifah Husna.

Dia mencapai hanya ala kadar, janji sampai je, tanpa melihat dan slide. 

"Hi, ¯\_(ツ)_/¯ " 

"what the.. omg, ibuuuuu, he texting me !" jerit Syarifah Husna mencampak novel yang baru dibacanya, sehingga hilang penanda buku. entah sampai mana dia baca tadi. dia sendiri tak ingat.

mana tidak nya, selepas sekian lama menyepi. tiba-tiba mesej datang seperti mendapat duit dari langit yang luas. 

nasib lah dia jerit tak ada siapa dengar. Adiknya, Syed Haider ke sekolah, parents pula kerja. dia memandang sekilas pada novel yang tercampak tadi. 

"ah lantak lah, nanti aku baca balik" Husna, Husna apa lah dia. hanya kerana message dah tak betul dah. semua senaman muncul ni lepas dapat message daripada Iqbal Harith. 

"nak reply apa ni, aduh mak. okay-okay, relax Husna, relax." Syarifah Husna bermonolog

"Hi..( ͡° ͜ʖ ͡°)"

sent !

"haha, too cute. Na, are u busy? can we meet?"

"god ! dia ajak keluar? kenapa tetiba ni, aku dah dup dap dup dap ni"

"no, im free right now. when?"

"around 2?"

"okay then, where?"

sound serious, but still dup dap Syarifah Husna

"kedai mamak area round aboard ?"

"k, see u there"

message berbalas message, Syarifah daripada senam terus terbaring, memikir sejenak. 

"kenapa tiba-tiba sahaja je ni nak ajak jumpa. rasa macam lain macam je perasaan ni. "

"eh, pukul berapa ni? Ya Allah pukul 10.30, masak tak lagi, ja lagi ibu abah balik lunch"

sudah tabiat family ini, walaupun kerja tetap pulang untuk lunch bersama family, walaupun mereka boleh dikategorikan orang yang berada, tapi mereka tidak pernah mengupah maid untuk masakkan mereka. mereka hanya mengambil pak cik Zainal sahaja sebagai pemandu kereta untuk mengambil adiknya, Syed Haider pergi dan pulang dari sekolah dan sebagai pekebun. itu sahaja kerja yang dibuat. kadang-kadang pak cik Zainal merungut, kerja sikit rasa macam tak selesa bila dapat gaji banyak. 

nak buat macam mana kalau Tuan Syed Majid ni, baik orangnya. belum lagi Puan Lily Tan, lagi lah setiap hujung minggu mesti ada program yang dia buat untuk ibu tunggal dan warga emas. 

Syarifah Husna yang mempunya tiga orang adik beradik, merupakan anak kedua. abangnya Syed Haidar berada di London atas urusan kerja dan isterinya sambung master di sana. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


selepas siap semua, Syarifah memilih baju untuk keluar 'dating' katanya. rasanya, dahh masuk sepuluh kali buka tutup almari, tapi satu baju pun tak berkenan di matanya. ituah sikap perempuan, bila buka almari, memang susah nak decide baju apa. padahal bukan tak ada baju, banyak sangat bajunya tu.

akhirnya, Syarifah Husna hanya memakai baju ala kadar, janji cantik jelah. bak kata nya 'mamak je pun' entah bila lah mamak nak jadi malaysia. haha

Syarifah husna ke kedai itu hanya menaiki teksi sahaja, kerana  sekejap je sampai, dia  memang pemalas nak bawa kereta memandangkan waktu macam ni, ramai juga yang pulang lunch.

sampai sahaja ditempat yang dituju, syarifah Husna membelek bajunya nya dan membetulkan shawlnya ala kadar, walaupun tak ada yang cacat cela nya. biasalah, perempuan pantang nampak sesuatu benda yang reflek wajahnya pasti akan membetulkan tudungnya.

di meja situ, ternampak kelibat Iqbal harith yang sedang melambai ke arahnya, Syarifah Husna melemparkan senyuman manis buat si Uda di sana.


"Na, nak air apa?" tanya Iqbal Harith kepada Syarifah Husna.

"no, it's okay, Na minum air kotak je, nanti Na ambil lah" balas syarifah Husna.

"ada apa Iqbal tetiba je ajak keluar ni? ada pape ke?" tanya Syarifah Husna ingin Tahu.

"saja, tak boleh? ingin melihat ciptaan Allah di depan mata ni." lembut sahja liidah si Uda menarik perhatian si dara depan mata.

"ee, merepek lah Iqbal ni, main-main pula." balas Syarifah Husna sudah kemerahan pipinya menhan malu. mana tidaknya, lelaki idaman nya sedang memuji.

lebih-lebih lagi, si lelaki berada depan matanya, bertentang mata, bercakap.

"haha, malu pula  Husna ni, Iqbal cakap benda yang betul.'

"okay lah Na, straight to the  point, Iqbal nak minta tolong Na sekarang ni. tapi Na kena temankan Iqbal ke satu tempat tu dulu lah. boleh?"

Syarifah Husna mengangkat kening seperti yang telah dijangka, pasti ada yang tak kena. andai yang baik, dia berdoa agar terus baik, andai sebaliknya dia memohon agar dijauhkan.

"boleh tak Na?" Iqbal secara spontan menggoncang tangan Syarifah Husna dan tindakan akar refleks mengenjutkan Husna dan menarik tangan nya daripada genggaman Iqbal Harith !

"ops, maaf Husna, spontan Iqbal tak sengaja."

"okay."

"so macam mana?"

hendak dikata tidak tapi mulut sudah berbicara dahulu " okay, Jom"

Iqbal Harith sudah tersenyum kemenangan. berjaya memujuk si dara untuk menemaninya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



sampai sahaja ditempat yang dituju, Syarifah Husna jadi pelik.

"nak buat apa kita ke sini Iqbal?"

"kalau dekat kedai emas boleh beli ikan, agaknya ikan emas je yang dijual kan Na?" gurau Iqbal Harith sambil tersengih.

Husna sudah tergelak "yelah, saya tahu. tapi untuk apa? Iqbal nak belikan untuk ibu iqbal ke?"

"emmm, turun kereta dulu okay sayang? baru Iqbal bagitahu."

'sayang? apa Iqbal ni? tiba-tiba sayang pula, sudah-sudah lah bagi nama Na ni nak panggil sayang pula'  hati berbicara ke hati. tetapi hati nya sedang berbunga-bunga sekarang ini.

"Na, terjegat apa lagi tu? sini la" panggil Iqbal harith.

"okay, sekarang Na pilih mana yang Na suka? and try. Iqbal tunggu"

Syarifah Husna terkesima, kerana dia yang kena memilih barang kemas. dia bingung dengan Iqbal. kenapa?

"kenapa Iqbal nak belikan untuk Na pula? tak nak lah Na."

"no,no, you have to sayang. come on pick one." suruh Iqbal lagi.

"amoi, u nak macam mana? sini yang baru." tanya perempuan berbangsa cina itu kepada Syarifah Husna.

Syarifah Husna memandang Iqbal Harith untuk penjelasan. tapi Iqbal memberi isyarat utuk pilih dulu, baru dia explain. Syarifah Husna hanya akur sahaja.

dan akhirnya dia memilih salah satu gelang.dia sendiri tidak tahu kenapa dia lebih suka memilih gelang daripada rantai dan cincin.

"wahh ini amoi pandai pilih ma, cantik. em lu sangat beluntung lo dapat amoi macam ni, mau kahwin ke?"

nyonya itu memuji Syarifah Husna yang pandai memilih sesuai dengan gayanya.

'memang lah kau puji, dah aku pembeli dekat kedai kau' Syarifah bermonolog seraya memberi senyuman yang nak tak nak je dan memandang Iqbal Harith dengan pertanyaan nyonya itu.

"oh, tak lah. ni kawan saya, temankan je untuk pilih." balas Iqbal Harith sambil menghulurkan not duit untuk membayar.

"okay, thank you yaa amoi" setelah membayar mereka cepat-cepat masuk ke kereta,

sesama sendiri diam tidak berkata. seorang ingin memulakan dialog seorang lagi sedang menunggu penjelasan.

dan akhirnya, si tewas yang memulakan bicara.

"thanks Na sebab pilih kan untuk Iqbal. cantik. pandai Husna pilih. mesti dia suka" Iqbal harith terdiam setelah terlepas perkataan 'dia' . husna sudah berdebar-debar. adakah mungkin ini perasaan nya?

"dia? siapa dia? " tanya husna agak tinggi untuk tahu tambah pula sedang terkejut tapi masih boleh dikawal.

"emmmm, dia la." iqbal seperti mati kutu bila diacukan soalan begitu oleh Syarifah Husna.

"siapa? Iqbal ni, terus terang lah. main-main pula." hati sedang turun naik menanti jawapan tapi masih bereaksi kool. masih bersabar, tak panas lagi mata nampaknya.

"Husna tak kisah ke kalau iqbal bagitahu?"

eh Iqbal ni, main tarik tali pula dengan aku. aku dah tak keruan dalam kereta dengan kau.

"lah, cakap la. Iqbal nak tunang eh? bila?"

"haah, Na Iqbal nak tunang sebelum flight ni. Iqbal dah jumpa dah siapa gadis yang Iqbal cari selamani, depan mata je." balas Iqbal tapi persoalannya sedang bermain di fikiran gadis disebelahnya.

terpanar ! jantung seakan berhenti ! terkesima !

itu sahaja reaksi nya.

"siapa nama dia?" tanya Husna yang tidak sabar, tidak mungkin dia.

"nama dia Intan Amira !"

pap ! seakan gajah yang hempap bukan bunga yang bersinar. hanya tuhan sahaj yang tahu. Syarifah Husna sudah seram sejuk. tetapi masih beriak bersahaja.

"oh. Tahniah Iqbal. kenapa tak bagitahu awal-awal tadi? mesti Husna cari kan yang lagi cantik seperti nama tuannya."

Syarifah Husna masih bersahaja dan pandai berbual kencang. sewaktu ni, hati sudh seperti disiat-siat.

"Na tak marah ke? tak kecil hati?"

"kecil hati? untuk apa? kita bukan ada pape pun kan? Iqbal nak tunang, Na tumpang gembira lah."

"thanks Husna" seklai lagi tangan Husna dipegang. entah dengan sengaja atau tidak. Husna secara refleks menarik.

"maaf  Na, Iqbal tak sengaja. Iqbal sepontan je tu, gembira sangat. Im sorry"

"oh ya, dia pun flight juga?" Syarifah rasa hendak turun sahaja di sini. tapi masih kawal. kawal. ahhh, perempuan, hati ini sellau dipermainkan oleh lelaki. kenapa kau lembut sangat hati. jangan mudah goyah hati.

Husna berdoa dalam dia minta diselamatkan.

"oh dia? Intan Amira? yes, dia pun flight tapi ke Switzerland"

"oh"

sunyi.... sepi.. dan penyelamat datang.

bunyi hand phone Syarifah Husna memecahkan kesunyian itu.

"helo, waalaikumsalam. ye ma?"

"oh, okay."

"angah tunggu dekat KL sentral okay ? bye ma."

Puan Lily Tan lah penyelamat suasana itu. doanya dimakbulkan Allah.

"why? something rush ? "

"oh, yaa. my mom nak makan luar, katanya dancari barang. dekat rumah tak ada siapa. sebab Haider pak cik Zainal dah hantar Haider dekat mama"

"dropkan Na dekat station train terdekat jelah. nanti Na ke sana"

bohong Husna, Puan Lily Tan hanya memberitahu yang dia kerja separuh hari. dan rekaannya untuk ke KL Sentral adalah untuk mengelakkan daripada hati yang sedih. dan mahu lari kemana pun. tak nak lagi duduk dalam kereta ini. terasa panas walaupun air condnya sudah ketahap maksima.

"okay then, Na, please jangan ambil hati. atau jangan terkecil hati, bukan niat Iqbal nak mainkan Na. tapi Na je kawan perempuan yang Iqbal rasa boleh bantu Iqbal cari cincin ni' terang Iqbal.

'what the.. kau tahu tak aku ni dah tergila-gilakan kau? tapi kau sendiri tak nampak. cantik sangat ke Intan Amira kau tu?' maki si Syarifah Husna kepada Iqbal Harith

"eh, tak lah apa Iqbal ni. okay berhenti sini. thanks Iqbal. Tahniah Husna ucapkan. selamat jalan ke Jepun Iqbal. Assalamualaikum." terus sahaja Syarifah Husna menutup pintu tanpa mendengar setia kata daripada si dia.


"Na !" jerit Iqbal Harith dari dalam kereta. namun hanya sia-sia.

Syarifah Husna terus belari ke station tren tanpa berlengah masa kerana hatinya sedang sakit! dihiris ! dikhianati ! mugkinkah ini salahnya yang tidak memberitahu tentang perasaan nya? atau ini memang permainan seorang yang bernama lelaki?

air mata yang sudah lama ditahan akhirnya gugur jua.



to be continue...



Saturday, January 30, 2016

Monday, January 25, 2016

#Random 2 : Part 2

SAMBUNGAN CERITA PENDEK DARIPADA      #Random 2 : Part 1

"alahai, dah nak sampai dah. tak boleh nak berbual lama. tak apalah. nanti Iqbal call Na k. jangan tak angkat" pesan Iqbal .

'gila lah tu kalau aku tak angkat' desis hati Husna. haha

"eh, kenapa sengih-segih? berangan? ke teringat boyfriend?" usik Iqbal. merah pipi Husna ni, dah lah putih nampak lah dia merah. haha kantoi lah.

"dah lah jom, bye Iqbal, kalau ada jodoh kita jumpa lagi" balas Syarifah Husna. 

"In Sha Allah, kalau Ada Jodoh kita kahwin" Iqbal usik sambil gelak. Syarifah Husna sudah bulat mata kearah iqbal Harith. 

"Aamiin" opss, melebih pula kau Syarifah Husna, nasib dalam hati je. haha. sudah lah kau ni, angan-angan mat jenin la. haha

masing-masing, ke haluan masing-masing, yang si dara ke kanan, yang si uda ke kiri. berpisah hanya seketika. andai benar jodoh itu milik mereka, pastu bersatu jua.

sampai sahaja di rumah, Syarifah menyalam ibu dan bapa nya. semua menyambut kepulangan Syarifah Husna. hari ni, ibu nya, puan Lily Tan masak, masakan cina yang menjadi kegemaran anaknya daripada kecil lagi,

dengan lahap tanpa pandang kiri kanan si Syarifah Husna ni makan. haih, kalau lah Iqbal nampak. mesti tergeleng-geleng kepala dia juga.

to be continued...

Sunday, January 24, 2016

RINDU FAMILY, NAK BALIK RUMAH !


*gambar tak diiktiraf daripada google*


okay, nak balik, dah tak tahan dah , rindu dengan ibu abah akak adik abang ! 

hari tu, abah call tetiba. emmm, tak tahu kenapa abah call. oh rupanya Abah kerja kat luar kawasan ! *ala, omputih cakap out station*

okay, lepas tu ibu bagi gambar, cakap toilet atas dah siap. wuuuuu
toilet dah macam kolam renang aku tengok. sebab warna biru. yelah, abah aku suka warna biru, 
bak kata ibu "WARNA FAVOURITE LAKI AKU TU"

haha, okay mummy !

lepastu, akak message :

"bila nak balik?"
"aku nak tengok HINDUSTAN tak ada kawan"
"nak cari pelamin, nak berangan sekejap bla,.. blaa,,,blaa.."


lepastu adik pula :

aku yang message dia, bukan dia message aku, kerjanyaaa main wechat jee.

bebudak betul lah dia ni. wechat jee. entah apa entah di wechat kan nya. haih

yang paling aku rindu abang lah, yelah orang kerja Askar. mana nak melekat. macam abah and ibu dulu juga. 


eish, tak tahu sebenarnyaaa nak tulis apa. eh korang-korang, tengok lagi tak DUNIA BARU?

ingat tak? haha. lol, aku pun ingat weh. kawan sekelas aku ada rambut macam Tajul. haha muka pun iras je kot. *adik beradik kot* haha

rasa macam nak pegang je rambut dia. nasib dia lelaki weh, sabar jelah. haihhh 


okay bye !

xoxo,
fanrdh/ika

Monday, January 18, 2016

Wajib Baca !!

maaf semuaa, kepada yang blogwalking atau followers baru, permintaan anda semua akan dilayan pada 23/1/2016 . sekarang saya sibuk dengan ujian 1 bagi semua subjek yang saya ambil. doakan saya, saya doaka  kalian berjaya dunia akhirat. Aamiin. and maaf kan saya atas semua ke tidak ada masa ian *entah tatabahasa rosak*. okay, bye. assalamualaikum dan selamat malam. 

Sunday, January 10, 2016

Segmen #3 ; Segmen Bloglist & Blogwalking By Beautiful Of Iman


*Assalamualaikum, tak jawab dosa, kalau jawab Sayang*







okay, tak nak taip banyak. kasi chance satu kali lah. 

okay bye =D
xoxo, 
Fanrdh/Ika

Saturday, January 9, 2016

Segmen #2 ; Teka Teki Benda Uk


http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/01/teka-teki-benda-uk.html
 Teka Apa Yang Ada Dalam Kotak Berwarna Merah Tersebut.?

"Nama Binatang Tapi Tidak Berkaki,
Berjalan Apabila Tunjuk Arahan,
Walau Badannya Bermacam Warna,
Disebaliknya Hanya Berwarna Putih.
Bila Diguna pasti Di Depan Mata"

1) Follow Blog Uk Atau Google +
2) Buat Tajuk Post Teka Teki Benda Uk
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di Box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.
4) Tinggalkan Url Post Dan Jawapan Anda ke Ruangan Komen ini.

Blogger yang menjawab dengan betul akan di masukan ke dalam Bloglist Uk.Tarikh Tutup 13-1-2016.

Jawapan Saya :____________.

Segmen #1 ; Simple Segmen Bloglist Nur Najah

JOM JOIN SEGMEN DI HARI SABTU NI 

memandangkan, aku pun dah lama tak join segmen lah contest lah apa lah.
so, everyone? lets do it !


Join je, ada rezeki adalah. hehe kbyee 


xoxo,
fanrdh/ika

Friday, January 8, 2016

Test 1 Around the Corner !


Ya ALLAH, test 1 just around the corner. please pray for me. seems my university use carry mark, so, tak boleh lah nak main-main. sebab once kau gagal satu test, hancus lah carry mark, tu pun kalau kau full mark in your final. boleh lah dapat A or something like that, InshaaALLAH

okay guys, first of all, sorry for not following back or not blog walking for this week or for this month. but, for sure i will make a day for it. hehe

oh ya, next week i have 2 test, 1 quiz. so, pry for me. 

this sem gonna be the tough one, if ! if i do not studying NOW. 

xoxo,
fanrdh/ika

Wednesday, January 6, 2016

Surat Cinta Buat Bakal Suami


kehadapan bakal suami tercinta *bukan kebelakang*, harap awak sihat . mungkin sekarang awak tengah berbahagia dengan orang yang awak sayang sementara. atau mungkin, awak juga menunggu saya *awww* . of course saya sedang menunggu awak. saya akan tunggu sampai awak datang. saya memang tak cari orang lain pun. awak, saya tulis surat ni cuma nak pesan dekat awak je. siapa diri saya. dan harap awak dapat terima saya, macam mana akan saya terima awak seadanya *In Shaa Allah*. saya nak bagitahu, awak kena terima hakikat yang saya ni gedik tahap Giga *harap awak tahu giga tu kuasa berapa* haha. saya ni kalau bab ketawa, sampai terduduk terbaring pun pernah. tapi sebenarnya, saya nak awak terima saya dan bantu saya mcm mana nak ubah perangai. *sebab, saya juga sedang mencuba untk berubah*. saya seoarang yang ramai kawan lelaki. dari kecik saya lebih suka kawan dengan lelaki. tapi bila dah universiti, saya lebih banyak kawan dengan perempuan *Alhamdulillah*.  awak, kalau kita dah nikah nanti saya nak awak terima, yang saya tak berapa pandai masak *masak air goreng ikan telur boleh lah* jadinya, saya nak awak masak sama sama dengan saya. boleh lah kita merasa air tangan sama -sama. hehe. saya ni jenis pemalas lipat baju. yang saya pandai basuh dan sidai. kalau angkat baju pun saya malas. jadi saya nak awak yang buat tu. boleh lah sesama kita bekerja. hehe. tapi tapi, saya nak bagitahu satu benda. saya ni sangat sensitif dekat kotoran, jadinya, kalau awak buat sepah sikit, awk dengar lah saya berleter daripada awal saya kemas sampai lah habis kemas *semestinya yang saya leterkan tu benda yang ulang2* . saya harap awak terima saya seadanyam terima juga family saya. saya, bukan jenis cerewet bab makan. tapi bab pakaian dari kepala sampai bawah saya sangat cerewet. tapi awak, saya ada penakut kat satu haiwan. cuba teka? Katak? tak lah. katak tu saya suka pegang. saya takut kucing daripada saya 5tahun. sampai sekarang tak boleh hilang. saya takut je. tapi benci tak pernah langsung.saya suka tengok kucing tu, bila dekat saya takut. huhu. saya minta maaf kalau awak suka bela kucing. tapi jangan bawa dia masuk bilik atau mana tempat yang ada saya. saya boleh pengsan. okay lah awak, tu cerita pasal kekurangan dan kelebihan saya. in shaa Allah tu je. awak, nanti dah kahwin saya tak nak panggil awak Abang lah. saya dah ada panggilan nya. tapi saya bagitahu lepas nikah *maaf saya memang gedik*. oh ye, kalau satu hari kita ada salah faham. tapi saya harap sangat satu hari tu tak wujud. but kalau ada, saya harap awak jangan buat lagi bermasalah okay? saya nak awak dan saya selesaikan cepat cepat. dan harap awak tanyakan saya "apa punca dan bagaimana nak selesaikan" saya tak nak awak diam saya diam  dan akhirnya kita becerai. saya tak nak!!!! no !!!. dan saya nak bagitahu awak. sifat perempuan suka berkias. sifat perempuan suka pendam. sifat perempuan luar cool dalam hot. huhu harap awak dapat detect kalau satu hari saya tak se active sebelumnya. satu hari saya pendiam. harap awak tanya kenapa dan awak cari balik punca. tapi kalau awak tanya kenapa mesti saya jawab "tak ada pape". haha tapi percayalah, saya akan bagitahu kalau awak tanya "saya ada buat silap ke?" haha. okay lah awak, macam panjang snagat lah surat ni. haihh, saya pun boring menaip. haha. tak apa lah, nanti dah kahwin lah kita kenal lagi dekat. hehe. oh ye, btw nama bakal isteri awak ni FHR .AJ haha. panjang. tapi setakat tu lah . okay. bakal isterimu, FanRdh

Sunday, January 3, 2016

Prince Of Tennis Marathon ; Ryoma Echizen


what the !!!! i dont know why, but just because SYAMSID DHUHA review his Anime One Punch Man, i quickly follow up this Anime again.

when i was childhood, only NTV7 shows this Anime (every Sunday 12noon)
me and my brother, never miss this. 

omg, he really handsome boy and he's so good in Tennis. 


wait, he get crush from someone ! 



Sakuno Ryuzaki 


i cant stop smiling. haha

her hair too long, haha



so, im sorry im having my marathon ! bye 

p/s : i will follow back and bw back, just leave a notes at cbox =)

xoxo, 
fanrdh/ika

pulang dengan kesedihan, datang dengan harapan

assalamualaikum, hari ni hari terakhir di rumah. tak payah nak terakhir sangat dah naik bus pun. haha *update guna phone* hihi. aduhhhh, melleh lah air mata ku bila nak balik tempat belajar *UiTM Tapah Perak* dari johor ke Perak. k. rasa macam nak menangis sebab berjauhan. tapi rasa macam dah nangis. pagi tadi menangis sebab beg. lepastu dalam kereta menangis sebab tak dapat keluarkan isi perut. *paham jelah apa isi perut tu* nak jalan jauh tak kan tak beron kan? haha itu lah menangis. haihh. jangan lah gelak  k sambil tu korang dengar lagu justin bieber love yourself. haha aku tak tahu kenapa akhir akhir ni buat aku suka dengar lagu JB. oh ye, aku akan tengok satu . eh salah, dua cerita anime nanti bila lapang. (One Punch Man &Prince of Tennis) haha. OPM tak pernah tgk. so aku nak tengok. POT aku dah tengok. seoson two je belum lagi. haha emm, k pulang dengan kesedihan, datang dengan harapan. harap aku lebih kuat menempuh ujian ni. aku akan buat yang terbaik. 2sem akhir ni daripada sem lepas. yelah, sem ni aku ambil Fizik. haha . Fizik best k. lagi lagi elektronik, wave, modern Fizik. alahai dah macam semua je aku suka. okay lah guys, bye. DOA KAN AKY, MAAFKAN AKU, AKU AKAN DOAKAN KAU SEMUAAA. In Shaa Allah. 

Saturday, January 2, 2016

My Favourite Cartoon ; Supa Strikas


Guess, who's back? jyeahhh, Supa Strikas ! my favourite cartoon ever since i was form 4.


even, idk about soccer ball too much, but i love to watch this and yes, for your information i am in Chelsea Team. haha

I dont know about the soccer ball because i am a hockey player. hehe

so, now let's me introduce to you my fav player in Supa Strikas. i bet you, you really adore him. 

oppss, even though, i am 20 years young *not old* haha in 2k16 my hobby never change which is watching cartoon and my mom always nagging at me "awak tu dah besar pun, masih tengok krtun, adik awak yang lelaki pun tak tengok kartun, asyik dia jeee conquer tv. emmmm" haha, sorry mummy.

okay, first lets start with : 

  1. Shakes ;


shakes, striker, jersey 10, the youngest member in Supa Strikas.

  2.  Twisting Tiger 


twisting tiger, midfielder(right winger), jersey number 16

  3. Dancing Rasta


dancing rasta, midfielder (captain), jersey number 9

  4. Cool Joe


cool joe, midfielder(left winger), jersey number 7

  5. The Blok


The Blok, (he doesn’t speak much at all) , Defender, Jersey number 55.

  6. Big Bo


Big Bo, Goalkeeper, jersey number 1

  7. North Shaw


North Shaw, Defender, jersey number 8


  8. El Matador 


El Matador, Striker, jersey number 20

  9. The Coach




coach, In Charge... issuing orders through a megaphone !


uh huh ! which one is your favorite player? haha. what?? ! Big Bo? 

heyyy ! He is Mine !

haha, yes my fav player is big bo. till now, i loikeee men who is look alike Big Bo. and i will dub him as "Big Bo" haha

okayy, sys guys. thanks for reading ! leave a comment =)

don't forget to click here for more info about SUPA STRIKAS

xoxo,
fanrdh/ika