Tuesday, May 24, 2016

lelaki atau perempuan takut dentist ?


HAH ! CHAK CHAK BAAA ~ 

Assalamualaikum, *tak jawab dosa, kalau jawab sayanggg* hehe , uh-huh ! dah lama saya tak buat entry kan? ada sesiapa rindu tak? ceh! *confirm tak ada* tak apa lah saya blog walking awak semua kemudian ye. lepas habis update entry ni, hehe. setelah bape bulan tak update sebab saya final exam. 

sebelum saya mulakan entry saya, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca dan pengikut saya yang sentiasa datang singgah ke blog saya yang sunyi dan tak sempat balas komen. hehe terima kasih juga sebab doakan sepanjang saya exam. Alhamdulillah dengan berkat kalian punya doa, Allah beri saya peluang DEAN LIST. Alhamdulillah. terima kasih Allah terima kasih semua.

okay, sebelum tu ucap syukur sebab diberi peluang hidup dan dapat baca entry saya. dan mulakan pembacaan dengan AL-Fatihah untuk Rasulullah, ahli keluarga baginda dan sahabat andai serta sewaktu dengan nya dan diri kita zahir dan batin. Al-Fatihah.

uh-huh ! selamat malam semua, siapa yang tidur selamat tidur, jangan lupa baca doa basuh kaki sebelum tidur. hehe. okay, bersama saya Ikaaa/Fanrdh dalam segmen :


"SETUJU KE??"

LELAKI ATAU PEREMPUAN YANG TAKUT DENTIST?

JAWAPANNYA : LELAKI

SETUJU KE?

jadi, apa pendapat anda? setuju tak? ini berdasarkan pengalaman hidup saya lah ye, hidup yang bakal genap 20 tahun ni. selama saya jumpa doktor gigi, saya dapati 70% orang takut jumpa doktor gigi berbanding jumpa doktor lain. 

saya nak cerita pengalaman saya, saya ni suka sangat pergi jumpa doktor gigi, bukan sebab saya nak cek pun. kadang-kadang sebab saya suka bau klinik. hehe

lagi satu, saya suka jumpa doktor gigi sebab semua doktor handsome plus gigi cantik tersusun. haha dan ada lagi satu sebab saya suka tertanya-tanya muka di sebalik mask nya. hahah

jadinya, saya seorang yang tidak takut jumpa doktor gigi atau mana-mana doktor. chia chia chia *eh, sesuai ke guna chia..chia..ciaa.. ni? haha*

dan sekarang ni pengalaman keluarga saya sendiri, dalam keluarga saya. saya dapati ada seorang yang takut sangat nak jumpa doktor gigi, walaupun gigi nya tengah sakit. padahal sakit gigi ni merupakan penyakit yang kedua paling sakit selepas bersalin. tahu tak?

tapi dia masih degil. macam-macam alasan dia bagi. itu lah inilah. of course lah ahli keluarga saya yang takut tu lelaki. tapi yang peliknya bila suruh buat benda lain, bukan main kuat. jumpa doktor lain, bukan main berani, tapi sebut DENTIST je terus tukar topik lepastu cerita pasal kena injection je terus takut. haha

baiklah, segmen SETUJU KE? sudah pun diakhir titik nya, harap korang dapat bagi jawapan dan pendapat bersama. hehe.  Assalamualaikum saya fanrdh jumpa di blogwalking. byeeeee

xoxo,
fanrdh/ikaaa